Kongsikan Kebaikan

koplit

Koperasi Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Berhad.

Selamat datang ke laman sesawang rasmi KOPLIT.

Jom daftar keahlian Koplit dan nikmati pelbagai manfaat seperti kemudahan kredit dan sumbangan kebajikan bagi ahli yang aktif mencarum dan layak menerima sumbangan. Tertakluk terma dan syarat. 

 

 

 

 

 

 

Visi koplit

Mewujudkan Koperasi Islam Negeri yang Sejahtera dan Berkebajikan untuk Kesejahteraan Ummah dan Negara.

Misi koplit

  • Memperkasakan anggota koperasi untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi, pendidikan dan sosial.
  • Menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti mengikut keperluan anggota koperasi.
  • Menjalankan Tadbir Urus Koperasi secara Telus, Adil dan Mampan untuk Kelestarian Perniagaan Koperasi.

motto koplit

Bantu-membantu dan lengkap-melengkapi ke arah kebaikan bersama untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

matlamat koplit

Meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi dengan menyediakan kemudahan pembiayaan pada kadar yang berpatutan untuk meningkatkan ekonomi seperti pertanian, pengeluaran, pemasaran, perumahan, aktiviti perniagaan dan juga untuk kegunaan peribadi yang dapat memberi manfaat kepada ahli dan juga menggalakkan simpanan anggota untuk masa hadapan.

 

SEJARAH koplit

Koperasi Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Berhad (KOPLIT) telah didaftarkan pada 19 Januari 1994 dibawah seksyen 9 Akta Koperasi 1948.

KOPLIT ditubuhkan menurut subseksyen 4(1) Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.

Tujuan KOPLIT ditubuhkan adalah untuk menjalankan fungsi perumahan, pinjaman, perkhidmatan, kebajikan dan pengguna.

Anggota-anggota KOPLIT terdiri daripada mereka yang turut serta dalam permohonan untuk mendaftarkan koperasi ini dan mereka yang diterima menjadi anggota selepas pendaftaran mengikut peraturan dan undang-undang kecil KOPLIT dari semasa ke semasa.

Pada masa ini KOPLIT telah memiliki bangunan sendiri, membuat pelaburan perniagaan, mempunyai bilangan anggota yang terdiri dari pelbagai bidang dan lapangan contohnya, kedoktoran, kejuruteraan, guru, pensyarah, usahawan dan lain-lain lagi.

KOPLIT telah mengorak langkah berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan dalam bidang yang telah didaftarkan.

Harapan kami, KOPLIT akan menjadi satu koperasi yang boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

perkhidmatan koplit

agent takaful malaysia

TAKAFUL MALAYSIA

takaful etiqa

TAKAFUL ETIQA

KOPLIT_MYEG

MyEG

buku ilmiah

Buku Manhaj Islah

MANHAJ ISLAH - DR MUHAMMAD ABDURRAHMAN AL-MURSI

YAHUDI & SEJARAHNYA

YAHUDI & SEJARAHNYA - AGUS PRIYONO & MUHAMMAD NOH OMAR

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.”

Hadis Riwayat al-Hakim & al-Baihaqi

"Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Hadis Riwayat Muslim

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain”

Hadis Riwayat Ibnu Hibban

ejen takaful

Dapatkan sebutharga untuk insurans dan perbaharui cukai jalan (roadtax) kenderaan anda. Pihak kami akan menghubungi anda apabila insurans kenderaan anda hampir tamat tempoh untuk tahun berikutnya.