Kongsikan Kebaikan

SOALAN LAZIM (FAQ)

Q: Apakah itu KOPLIT?

A: KOPLIT adalah ringkasan nama bagi Koperasi  Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Berhad.

Q: Siapakah yang layak memohon sebagai ahli KOPLIT?

A: Keahlian KOPLIT terbuka kepada ahli HALUAN yang komited, selaras dengan akta koperasi dan undang-undang kecil KOPLIT.

Q: Siapakah ahli aktif?

A: Ahli yang konsisten mencarum setiap bulan di KOPLIT.

Q: Berapakah caruman bulanan KOPLIT?

A: Caruman bulanan KOPLIT adalah sebanyak RM 50. Untuk makluman, ahli KOPLIT perlu melengkapkan jumlah saham sebanyak RM 500 untuk sepanjang keahlian mereka sama ada dibayar sekali gus atau secara ansuran.

Q: Apakah manfaat keahlian KOPLIT yang aktif?

A: Mereka layak mendapatkan kemudahan kredit dan sumbangan kebajikan apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu mencarum sekurang-kurangnya setahun. Ahli yang mempunyai saham penuh RM 500 akan diberi keutamaan.

Q: Bagaimana ingin memohon sebagai ahli KOPLIT?

A: Sila hubungi KOPLIT di talian 019-220 6244 atau email ke info@koplit.com.my

^

MESYUARAT / AGM

^

soalan lazim (faq)

EJEN TAKAFUL

Dapatkan sebutharga untuk insurans dan perbaharui cukai jalan (roadtax) kenderaan anda. Pihak kami akan menghubungi anda apabila insurans kenderaan anda hampir tamat tempoh pada tahun berikutnya.