Kongsikan Kebaikan

pengerusi KOPLIT

Dr. Ahmad Tarmizi Hashim

Dr Tarmizi

Ucapan pengerusi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang ke laman sesawang rasmi KOPLIT.

Pertama sekali marilah kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah izin kurniaNya dapat pihak pengurusan Koperasi Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Berhad (KOPLIT) melancarkan laman sesawangnya sendiri. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada saudara Azronnizan Aziz yang juga Anggota Lembaga Koperasi (ALK) di atas usaha gigih beliau yang membolehkan laman sesawang KOPLIT ini dilancarkan.

Untuk pengetahuan semua laman sesawang koperasi merupakan saluran media untuk memudahkan kita menyampaikan segala maklumat berkaitan dengan koperasi secara pantas termasuk objektif penubuhan, struktur organisasi dan segala aktiviti yang dijalankan oleh KOPLIT.

Di dalam zaman teknologi maklumat dan digital ini, KOPLIT juga tidak mahu ketinggalan di dalam menggunakan segala teknologi yang ada untuk manfaat koperasi dan anggotanya. Adalah diharapkan dengan adanya laman sesawang ini ia akan menjadi satu platfom interaksi di antara Anggota Lembaga, pihak pentadbiran dan juga anggota-anggota koperasi. Segala aktiviti yang telah dan akan dirancang oleh biro-biro di bawah KOPLIT akan dapat disampaikan dengan pantas kepada anggota di mana anggota boleh memberi reaksi/pandangan untuk penambahbaikan perjalanan koperasi.

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada semua ALK, kakitangan pentadbiran dan anggota koperasi agar dapat menggunakan laman sesawang kita ini dengan cara terbaik. Kita akan mewujudkan ruang untuk komen, pandangan dan jualan untuk kebaikan kita bersama, insyaAllah. Marilah bersama-sama bantu-membantu di antara satu sama lain sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat kedua yang menjadi asas koperasi kita yang bermaksud “Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya”.  

Sekian, semoga Allah memudahkan dan memberkati segala usaha kita.

Wassalamualaikum warahmatullahibarakatuh.

Dr. Ahmad Tarmizi

aNGGOTA lembaga koperasi (ALK) SESI 2025-26

DR TARMIZI

TN. HJ. DR. AHMAD TARMIZI B. HASHIM (PENGERUSI)

ROSLI ADAM

TN HJ. ROSLI BIN ADAM (NAIB PENGERUSI)

MUS'AB

EN. MUHAMMAD MUS'AB B. SA'ARI (SETIAUSAHA)

AZRON

EN. AZRONNIZAN B. AZIZ (PEN. SETIAUSAHA)

DR ALI

DR. ALI ZAINAL ABIDIN BIN NORDIN (BENDAHARI)

EISA

TN. HJ. EISA B. MOHAMED (PEN. BENDAHARI I)

FITRI ZAKWAN

EN. FITRI ZAKWAN B. ZAID (PEN. BENDAHARI II)

CHE AZIZAH

PN. HJH. CHE AZIZAH BT. ISMAIL (KETUA BIRO KEBAJIKAN & PENDIDIKAN)

ALFIAH

PN. HJH. ALFIAH BT. SAMINGAN (BIRO KEBAJIKAN & PENDIDIKAN I)

ZAINAL

TN. HJ. ZAINAL ABIDIN B. AHMAD (BIRO KEBAJIKAN & PENDIDIKAN II)

ROSLI ADAM

TN. HJ. ROSLI B. ADAM (KETUA BIRO PEMBANGUNAN PERNIAGAAN)

ZAABA

TN. HJ. M.A. ZAABA B. YUSOF (BIRO PEMBANGUNAN PERNIAGAAN I)

DR TAUFIQ

DR. MOHD TAUFIQ BIN MOHD ZIN (BIRO PEMBANGUNAN PERNIAGAAN II)

pengurusan koperasi

DR TARMIZI

DR. AHMAD TARMIZI B. HASHIM (PENASIHAT PENGURUSAN)

BASYIRAH

CIK NURULBASYIRAH BT. YASNI (PEGAWAI KEWANGAN)

NULKIRAH

CIK NULKIRAH BT. MANLA (PEGAWAI PENTADBIRAN)

EJEN TAKAFUL

Dapatkan sebutharga untuk insurans dan perbaharui cukai jalan (roadtax) kenderaan anda. Pihak kami akan menghubungi anda apabila insurans kenderaan anda hampir tamat tempoh untuk tahun berikutnya.