koplit
Koperasi Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Berhad.
TENTANG KOPLIT
Koperasi Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Berhad (KOPLIT) telah didaftarkan pada 19 Januari 1994 dibawah seksyen 9 Akta Koperasi 1948.
KOPLIT ditubuhkan menurut subseksyen 4(1) Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.
Tujuan KOPLIT ditubuhkan adalah untuk menjalankan fungsi perumahan, pinjaman, perkhidmatan, kebajikan dan pengguna.
Anggota-anggota KOPLIT terdiri daripada mereka yang turut serta dalam permohonan untuk mendaftarkan koperasi ini dan mereka yang diterima menjadi anggota selepas pendaftaran mengikut peraturan dan undang-undang kecil KOPLIT dari semasa ke semasa.
Pada masa ini KOPLIT telah memiliki bangunan sendiri, membuat pelaburan perniagaan, mempunyai bilangan anggota yang terdiri dari pelbagai bidang dan lapangan contohnya, kedoktoran, kejuruteraan, guru, pensyarah, usahawan dan lain-lain lagi.
KOPLIT telah mengorak langkah berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan dalam bidang yang telah didaftarkan.
Harapan kami, KOPLIT akan menjadi satu koperasi yang boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
Meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi dengan menyediakan kemudahan pembiayaan pada kadar yang berpatutan untuk meningkatkan ekonomi seperti pertanian, pengeluaran, pemasaran, perumahan aktiviti perniagaan dan juga untuk kegunaan peribadi yang dianggap memberi manfaat kepada ahli dan juga menggalakkan simpanan anggota untuk masa hadapan.
manfaat keahlian KOPLIT
KEMUDAHAN KREDIT
Pinjaman Qardhul Hasan
Info lanjut
Pembiayaan Kenderaan
Info lanjut
Skim Pembiayaan Barangan Pengguna
Info lanjut
Pembiayaan Projek Mudharabah
Info lanjut
SUMBANGAN KEBAJIKAN
Kematian
Info lanjut
Kesihatan
Info lanjut
Asnaf
Info lanjut
Musibah
Info lanjut
Pendidikan
Info lanjut
IPT
Info lanjut
Keluarga
Info lanjut
Buku Pilihan
Sirah An-Nabawiyyah Karangan Syeikh A diterjemahkan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Darus Senawi.
Buku ini menceritakan tentang sirah Nabi yang patut diketahui oleh masyarakat yang cintakan Islam pada hari ini.
Pelbagai peristiwa sirah yang patut kita dalami sebagai bahan bacaan ilmiah untuk menambahkan kefahaman islam kita.
Dapatkan naskah istimewa ini di KOPLIT. Diskaun 10% untuk ahli koplit
Anggota
Syer Penuh
Motto kami adalah bantu-membantu dan lengkap-melengkapi ke arah kebaikan bersama.
PENGERUSI KOPLIT.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Selamat datang ke laman web rasmi KOPLIT.
Pertama sekali marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izin kurniaNya dapat KOPLIT menghasilkan laman web rasmi KOPLIT yang pertama pada tahun 2023. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak webmaster KOPLIT.
Laman web rasmi KOPLIT ini adalah sebagai usaha kita untuk menyediakan platform untuk menyalurkan pelbagai maklumat asas yang berkaitan dengan KOPLIT dan aktivitinya kepada ahli koperasi yang boleh dijadikan rujukan pada setiap masa. Ini termasuk struktur organisasi,pelbagai pakej kebajikan untuk ahli yang aktif, aktiviti ekonomi dan perniagaan yang dilaksana oleh KOPLIT untuk dikongsi bersama di kalangan ahli koperasi. Ruangan tazkirah juga dimasukkan di ruangan blog untuk mendidik ahli supaya faham bahawa penglibatan ahli di dalam koperasi adalah atas dasar yang betul iaitu tolong menolong sebagaimana yang ditekankan di dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud “Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya.”
Laman web ini akan dikemaskini dan dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa, sumbangan idea daripada ahli semua amat diperlukan. Sebagaimana yang kita tahu bahawa koperasi ditubuhkan oleh kita sendiri dan untuk kebajikan kita bersama. Kita perlu memanfaatkan sepenuhnya segala aktiviti dan projek yang telah dan akan dilaksanakan oleh KOPLIT. Walau bagaimanapun segala kemudahan dan cadangan mestilah selaras dengan akta koperasi dan juga undang- undang kecil KOPLIT. Ini juga tertakluk kepada kemampuan sumber dan kewangan koperasi.
Akhir sekali marilah sama-sama kita memohon pertolongan dari Allah SWT agar dimudahkan segala urusan kita untuk membangunkan bersama koperasi kita ini. Semoga usaha kecil kita ini diterima sebagai amal soleh.
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya.”
.
Dr Ahmad Tarmizi
perkhidmatan
TAKAFUL MALAYSIA
TAKAFUL ETIQA
MyEG
Ejen takaful
Dapatkan sebutharga untuk insurans dan perbaharui cukai jalan (roadtax) kenderaan anda. Pihak kami akan menghubungi anda apabila insurans kenderaan anda hampir tamat tempoh untuk tahun berikutnya.